Friday, 5 August 2016

CPR ( Cardio Pulmonary Resuscitation)

CPR atau Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary resuscitation) adalah teknik pertolongan cemas yang boleh digunakan sekiranya seseorang tidak bernafas dengan baik atau degupan jantung mereka telah terhenti.
Mampatan dada dan pernafasan penyelamatan memastikan darah dan oksigen beredar dalam tubuh mangsa.
Jika seseorang tidak bernafas, degupan jantungnya akan terhenti.  Lakukan CPR (mampatan dada dan pernafasan penyelematan) untuk membantu peredaran darah dan oksigen kepada tubuh mangsa.  Penggunaan awal mesin AED (automated external defibrillator) boleh memulakan semula degupan jantung yang beritma tidak normal.

Periksa Mangsa

Buka laluan udara dan periksa pernafasan mangsa.  Jangan lakukan CPR jika mangsa bernafas dengan normal.


Langkah-langkah Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

  1. POSISIKAN TANGAN ANDA.  Pastikan mangsa berbaring pada permukaan yang kukuh.  Duduk bersimpuh di sisi mangsa dan letakkan tapak tangan anda pada tengah-tengah dada mangsa.
  2. SELANG-SELIKAN JARI.  Dengan memastikan lengan anda lurus, tekup tangan anda tadi dengan tangan tapak tangan anda yang sebelah lagi dan selang-selikan genggaman jari.
  3. BUAT MAMPATAN DADA.  Bangun dan condong sedikit ke depan dengan bahu anda berada tegak dengan dada mangsa dan tekan  ke bawah lebih kurang 4 hingga 5 cm.  Lepaskan tekanan (tangan masih pada dada mangsa) dan biar dadanya kembali naik ke atas.  Ulang sebanyak 30 kali dengan kadar 100 kali seminit.
  4. BUKA LALUAN UDARA.  Bergerak sedikit kepada kepala mangsa.  Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagunya untuk membuka laluan udara semula.  Biarkan mulut mangsa ternganga sedikit.
  5. BERI PERNAFASAN PENYELAMATAN.  Picit hidung mangsa agar lubang hidungnya tertutup dengan yang pada dahi mangsa dan  pegang dagu mangsa dengan tangan anda sebelah lagi.  Tarik nafas seperti biasa, letakkan mulut anda pada mulut mangsa dan hembuskan sehingga anda nampak dadanya ternaik.
  6. LIHAT DADA MANGSA TURUN.  Alihkan mulut anda dari mulut mangsa dan lihat dada mangsa turun.  Ulang pernafasan penyelamatan ini (iaitu langkah 5 dan 6) sebanyak 2 kali.
  7. ULANG MAMPATAN DADA DAN PERNAFASAN PENYELAMATAN.  Letakkan tangan anda pada dada semula dan ulang buat mampatan dada.  Buat 30 mampatan dada diikuti 2 pernafasan penyelamatan.  Ulang kitar ini sehingga bantuan tiba.

No comments:

Post a Comment